Kisah nyata !!!
Gadis Jelita Terbakar! Balasan Tolak Hukum Allah
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki se
buah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi
keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak
nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi
seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang
sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:
“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya
menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah
menasihatiku?
Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat
sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak
ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang
tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
” Jika ISLAM
itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam
untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis
manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya
yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian
bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut
tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang
yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba
tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui
Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut
itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di
jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja
menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati
yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu
Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan
iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.
Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya
s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti
ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau
sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila
kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh,
siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin
melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan
Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di
sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan
anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di
dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda
berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar
Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita,
Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri
yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
Bagikan tausiyah ini kepada teman-temanmu dengan meng-klik
'bagikan'/'share' dan undang teman-temanmu gabung dengan klik 'Invite
Your Friends'